Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.gik] | لوݢيک

Definisi : 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~; kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal); ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.gik] | لوݢيک

Definisi : ilmu atau pengetahuan ttg cara berfikir (berhujah, membuktikan sesuatu) dgn sihat; kemampuan utk berhujah dgn meyakinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
logik
Rujuk :munasabah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
get TAK ATAU(NOR gate)Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK ATAU. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika kesemua input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan menjadi logik 0 jika mana-mana inputnya mempunyai nilai aras logik 1.Kamus Komputer
get TAK DAN(NAND gate)Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK DAN. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan mempunyai aras logik 0 jika kesemua input beraras logik 1.Kamus Komputer
sifar(zero)1. Kosong. 2. Angka kosong, 0. 3. Salah satu keadaan logik dalam logik perduaan.Kamus Komputer
gambar rajah logik(logic diagram)1. Gambar rajah yang memaparkan reka bentuk logik sistem. 2. Gambar rajah yang memaparkan tatasambung litar unsur litar logik. 3. Gambar rajah yang memaparkan rupa bentuk gelombang logik litar.Kamus Komputer
tambah logik(logical add)Tindakan menambah pada dua nombor perduaan mengikut peraturan aljabar Boolean. Dalam penambahan ini, hasil menjadi logik 1 jika salah satu atau kedua-dua nombor bernilai logik 1, dan hasil menjadi logik 0 jika kedua-dua nombor adalah 0.Kamus Komputer
get ATAU(OR gate)Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik ATAU berangkum. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 1.Kamus Komputer
logik litar(circuit logic)1. Penyambungan logik sesuatu litar. 2. Keadaan logik sesuatu litar.Kamus Komputer
unsur logik majmuk(compound logic element)Unsur logik rumit yang dibentuk daripada gabungan unsur logik mudah seperti DAN, ATAU, dan TAK.Kamus Komputer
logik Boolean(Boolean logic)Pengiraan atau pengendalian berdasarkan logik yang hanya mempunyai dua keadaan logik, iaitu sama ada `benar` atau `palsu`. Sistem ini diasaskan oleh ahli matematik Inggeris George Boole (1815 - 1864).Kamus Komputer
get TAK(NOT gate)Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas