Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[loh]/[loh] | لوح

Definisi : Ar 1. papan batu, batu tulis; 2. papan (batu dll) yg bertulis; ~ catur papan catur; suratan ~ Tuhan lohmahfuz. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[loh]/[loh] | لوح

Definisi : ; batu ~ sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis, syal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[loh]/[loh] | لوح

Definisi : Jw, sr utk menyatakan hairan (terkejut, kaget, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[loh]/[loh] | لوح

Definisi : 1 papan batu utk tempat menulis; batu tulis. 2 papan bertulis. ~ catur papan catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[loh]/[loh] | لوح

Definisi : ; batu ~ batu yg terbentuk drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loh (kata nama)
Bersinonim dengan papan batu, batu tulis.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LOH BOON SIEW, TAN SRI

Loh Boon Siew, Tan Sri (1916-1995), usahawan dan hartawan Malaysia yang diberi julukan “Mr. Honda Malaysia”. 

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES

Pergunungan dan Hutan Ardennes

menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan

Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak

dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata

Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu

arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian

utara kawasan ini.

UMUM 
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
KUARI

Kuari, tempat batu diperoleh untuk digunakan dalam industri pembinaan.  Antara batu yang diambil termasuklah batu ubin, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas