black hole | lohong hitam | Matematik | Tiada | Lohong hitam: Objek yang terlalu kecut sehingga halaju selepasnya melebihi laju cahaya, apabila jejarinya memendek sehingga menjadi jejari Schwarzschild dan cahayanya tidak berupaya untuk lepas. |
Schwarzschild black hole | lohong hitam Schwarzschild | Matematik | Tiada | Lohong hitam yang mempunyai jisim tetapi tidak mempunyai cas dan momentum sudut. |
primordial black holes | lohong hitam julung | Matematik | Tiada | Lohong hitam andaian yang dikatakan wujud pada peringkat awal alam semesta, iaitu pada peringkat amat mampat sebaik sahaja selepas berlaku letupan besar. |
Reissner-Nordstrom black hole | lohong hitam Reissner-Nordstrom | Matematik | Tiada | Lohong hitam yang mempunyai cas tetapi tidak mempunyai momentum sudut. |
Hawking radiation | sinaran Hawking | Matematik | Tiada | Zarah dan sinaran yang secara beransur-ansur menyerap tenaga lohong hitam dan oleh sebab itu mengurangkan jisim lohong hitam secara beransur-ansur. Sinaran ini dipercayai terbentuk semasa berlakunya pengherotan ruang-masa betul-betul di luar jejari Schwarzschild. |
black hole | lohong hitam | Fizik | Tiada | Tiada |
Schwarzscild radius | jejari Schwarzschild | Matematik | Tiada | Jejari ufuk peristiwa lohong hitam, yakni jejari genting yang mesti dilampaui oleh sesuatu jasad jika cahaya dari permukaannya hendak sampai ke pencerap di luar. |
supermassive black holes | lohong hitam supermasif | Matematik | Tiada | Lubang hitam yang amat besar yang berukuran kira-kira 106 hingga 109 kali ganda jisim suria yang dikatakan wujud di pusat sesetengah galaksi. |
mini black hole | lohong hitam mini | Matematik | Tiada | Lubang hitam kecil yang dikatakan mempunyai berat kira-kira 10 kg. dan jejari kira-kira 10-10 meter, yang diandaikan terbentuk sebaik-baik sahaja selepas dentuman besar. |
white hole | lohong putih | Matematik | Tiada | Lohong yang berlawanan dengan lohong hitam, iaitu kawasan tempat jirim samawi muncul secara spontan. |