Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo/] | لوق

Definisi : IB kepala kereta api: hanya beberapa sahaja ~ kereta api yg masih digerakkan dgn pertolongan api; ®lokomotif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo/] | لوق

Definisi : kelok atau liku pd mata keris: cuba lihat keris-keris itu, yg ~ 3, 4, 5 hingga ~ 12 pun ada; berlok mempunyai lok, berkelok: keris ~ tujuh; berlok-lok mempunyai beberapa lok: keris yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo/] | لوق

Definisi : Kl tidak peduli (hirau); dilok tidak diambil peduli, dibiarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo/] | لوق

Definisi : liku atau keluk pd mata keris. berlok mempunyai lok: keris ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan terbaik untuk 'lok' keris dalam Bahasa Inggeris sekiranya saya ingin menterjemahkan 'Keris lok lima'? Apakah pandangan pihak DBP dengan 'Kris with five bents'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "lok" ialah kelok atau liku pada mata keris manakala "bent" ialah lengkung atau bengkok, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "lok keris" ialah kelok keris, jika "Keris lok lima" pula ialah keris lima kelok Makna07.05.2021
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014

Kembali ke atas