Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.kan] | لوکن

Definisi : sj kerang besar, Polymesoda placans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.kan] | لوکن

Definisi : ; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), akar asam lokan, akar asam lokan putih, akar nebal, Medinilla hasseltii; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kepayang, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.kan] | لوکن

Definisi : sj kerang besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lokan

Puisi
 

Pagi-pagi mengutip lokan,
     Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
     Mengapa pula hati terpaut?


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut?
Kurik Kundi Merah SagaSoldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.
Kurik Kundi Merah SagaKe laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna membawa lokan, Kalau ikat tidak bertali; Apalah guna jauh dipesan, Masa dekat tidak dipeduli.
Kurik Kundi Merah SagaPakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaMenjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.
12

Kembali ke atas