Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ka.si] | لوکاسي

Definisi : 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan: menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan: besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika ~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lokasi (kata nama)
Bersinonim dengan tempat, letak, kedudukan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclic storage systemsistem storan berkitarKejuruteraanTiadalokasi-lokasi individu pada bila-bila masa yang ditetapkan dalam kitaran asas, misalnya gelendong magnet.
data acquisition systemsistem pemerolehan dataKejuruteraanTiada1. Sistem yang melibatkan komputer di pusat kemudahan komputer untuk mengumpul data daripada lokasi-lokasi yang jauh.,2. Sistem merekod data, biasanya dalam bentuk digit, daripada berbagai-bagai punca.
water potentialpotensi airBotaniTiadaTenaga bebas yang tersedia untuk menggerakkan air dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
pathologic migrationmigrasi patologiPerubatanTiadaPerpindahan kesatu lokasi yang asing dari lokasi normal disebabkan oleh keadaan patologi.
rootballbola akarPertanianAgroteknologiBahagian pangkal pokok yang dibentuk menjadi bulat dan mempunyai banyak akar, bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kejayaan pemindahan sesuatu tanaman bergantung pada saiz bola akar dan kaedah penyediaan bahan ini. Biasanya, jenis pokok yang memerlukan penyediaan bola akar yang baik terdiri daripada pokok landskap dan pokok hiasan.
assimilate partitioningpembahagian asimilatBotaniTiadaProses pemindahan asimilat dari lokasi sintesis kepada lokasi yang digunakan. Semasa percambahan, asimilat yang tersimpan dipindahkan kepada bahagian meristem yang aktif untuk perkembangan daun, batang dan akar. Seterusnya anak benih menjadi autotropik. Asimilat dihasilkan daripada bahagian hijau tumbuhan dan ditranslokasikan melalui tisu floem untuk pertumbuhan, perkembangan, penyimpanan dan pengawalan sel tumbuhan. Pembahagian asimilat ini akan mempengaruhi produktiviti dan kemandirian tanaman berkenaan.
transposontransposonBiologiGenetikUnsur DNA yang berupaya berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain di dalam genom. gen melompat, unsur transposisi.
ball and burlappedbulat dan bungkusPertanianAgroteknologiBahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu.
transpositiontransposisiBiologiGenetikPemindahan sebahagian atau sesuatu unsur DNA dari satu lokasi ke satu lokasi di dalam genom.
courier serviceperkhidmatan kurierPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan hantaran bungkusan atau barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan cepat.
12345678910...

Kembali ke atas