Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.bo/] | لومبوق

Definisi : cili, cabai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lombok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU LOMBOKDIALEK MELAYU LOMBOK, dialek yang dituturkan oleh penduduk pesisiran Pulau Lombok yang berasal dari Kampung Melayu Bangsal, di kota Ampenan, Lombok Barat, Indonesia. Menurut tradisi lisan yang dikutip Sutama, keturunan Kampung Melayu Bangsal yang sangat majmuk terdiri daripada orang Bugis, Mandar, Banjar dan Sumatera sebagai pengasasnya.BAHASABahasa
LOMBOK

LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARADIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu.BAHASABahasa
PUTU ARYA TIRTAWIRYAPUTU ARYA TIRTAWIRYA  (1940 -       ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 10 Mei 1940 di Sibetan, Mataram (Lombok), Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di sekolah dasar dan Sekolah Menengah Pertama (1957) dan kemudian belajar secara persendirian.SASTERATokoh

Kembali ke atas