Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.pa.tan] | لومڤتن

Definisi : 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pa.tan] | لومڤتن

Definisi : 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPRINGBOK

Springbok, yang juga dikenali sebagai

springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran

berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini

mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat

berulang kali setinggi dua meter ke udara

apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan

kencang. Lompatan ini mengalih perhatian

pemangsa seperti singa dan harimau kumbang.

Springbok mempunyai sejalur bulu panjang

berwarna putih di tengah belakangnya yang akan

tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana

sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan

antelop ini kambing kipas.

UMUM 
LARI BERPAGAR

Lari berpagar ialah acara yang melibatkan larian dan lompatan bagi melepasi 10 set pagar yang diatur di balapan dengan jarak yang sama di antara pagar.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 

Kembali ke atas