Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.kang] | لوڠکڠ

Definisi : parit, limbahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.kang] | لوڠکڠ

Definisi : lebar atau luas kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.kang] | لوڠکڠ

Definisi : parit tempat mengalirkan air kotor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longkang
Rujuk :parit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Saya membersihkan longkang itu. (i) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Longkang itu saya bersihkan. (b) Longkang itu kena bersihkan oleh saya. (c) Longkang itu kena saya bersihkan. (d) Longkang itu terbersihkan oleh saya. (e) Longkang itu saya terbersihkan.Ayat pasif yang betul ialah "Longkang itu saya bersihkan". Ayat ini betul kerana mengikut rumus binaan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama. Ayat pasif yang lain tidak mengikut rumus binaan ayat pasif.Tatabahasa26.10.2015
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih.Ayat majmuk yang tepat ialah  2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik"  tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik".Tatabahasa28.03.2015
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. 

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021
Apakah penjodoh bilangan bila longkang?Penjodoh bilangan bagi longkang ialah batang.Lain-lain10.03.2009
ayat yang manakah yang betul? 1. Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan/puan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?

Ayat yang betul ialah ayat kedua:  Saya menemui kucing itu di tepi longkang.
Makna17.04.2014
Salam sejahtera, a)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat. b)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak tersumbat. (Ayat a atau b betul?) Terima kasih.Ayat yang betul ialah ayat A, “Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat.”


Tatabahasa31.03.2024
Air hujan di dalam longkang menjadi penuh. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah " Air hujan di dalam longkang penuh".Tatabahasa07.12.2022
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain.Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul.Makna19.08.2014
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan..Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu.Tatabahasa28.10.2013
Tuan, ayat di bawah ini betul atau salah? Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Tatabahasa05.07.2013
123

Kembali ke atas