Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.tar] | لونتر

Definisi : ; ~ lembing (cakera dll) (Suk) per­tandingan melemparkan lembing (cakera dll); berlontaran berlempar-lemparan; melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dgn banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokok­nya ke tanah; lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah; pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar; pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~ lembing; sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.tar] | لونتر

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma) yg daunnya digunakan sbg kertas tulis, pohon siwalan, tah, tai, tal, Borassus flabellifera; subang ~ subang yg dibuat drpd daun lontar; 2. ark naskhah lama (drpd daun lontar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.tar] | لونتر

Definisi : ; ~ lembing (cakera dsb) pertandingan melemparkan lembing (cakera dsb) dlm olahraga. melontar 1 membuang jauh-jauh atau tinggi-tinggi; melempar; membaling. ~ jamrah salah satu drpd wajib haji yg dilakukan dgn melemparkan anak-anak batu di tempat-tempat tertentu di Mina. 2 melemparkan sesuatu pd; melempar: Dia ~ pencuri itu dgn kayu. melontari melontar berkali-kali; melempari. melontarkan menggunakan sesuatu utk dilemparkan; melemparkan; membalingkan. lontaran lemparan ketika melontar: ~nya mengenai sasaran. pelontar 1 alat dll utk melontar. 2 orang yg melontar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lon.tar] | لونتر

Definisi : nama sj palma yg daunnya boleh digunakan sbg kertas tulis pd zaman dahulu, Borassus flabellifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lontar
Rujuk :lempar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Ingin kepastian jawapan soalan murid : 1. Ahmad Khairul sedang membuat __________ kedua dalam acara kegemarannya ( Gambar acara lontar peluru ) A. balingan B. lontaran yang manakah jawapan yang tepat dan mengapa? terim kasihSalam,

Ahmad Khairul sedang membuat lontaran kedua dalam acara kegemarannya (Gambar acara lontar peluru)

Dalam konteks ayat tersebut, lontaran lebih tepat kerana dalam sukan pun nama bagi acara tersebut ialah lontar peluru, berbanding balingan yang membawa maksud batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi.
Tatabahasa27.10.2015
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)?

1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif

2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku".

3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. 

Tatabahasa21.07.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat)1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.”
2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.”
3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat,  “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.

Tatabahasa14.02.2023
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai?Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. Istilah16.06.2019
Salam sejahtera. Boleh saya minta pencerahan tentang perbezaan antara perkataan baling, lontar, lempar, campak dan mana-mana perkataan yang sama maksud? Terima kasih.Saudara boleh sahaja menyemak makna yang telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh persamaan dan perbezaan bagi kata-kata tersebut. Turut dibekalkan dalam kamus tersebut ialah golongan/kelas kata, ejaan Jawi, pecahan makna, contoh penggunaan, peribahasa dan sebagainya. Kata terbitan dan frasa bagi setiap kata juga disertakan.Makna14.12.2023
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa.Tatabahasa06.08.2008
menjadi kembangMenurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;Lain-lain06.08.2007
Menurut kamus dewan edisi keempat, sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis. Adakah acara lari berganti-ganti, larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lompat tali dan lontar peluru digolongkan di bawah acara sukaneka?Untuk makluman, semua sukan tersebut termasuk dalam golongan sukaneka.Makna25.05.2017
Manakah perkataan yang sesuai digunakan untuk sekolah, lencana, logo atau lambang ? Adakah istilah ini berubah mengikut situasi? Contoh - lencana sekolah pada baju, tapi lambang/ logo sekolah pada kepala surat. Secara umum mana satu? TerimakasihMenurut Kamus Pelajar, lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah.

Lambang pula ialah tanda (lukisan, lencana dan lain-lain) yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu simbol atau isyarat. Contoh, Warna putih lambang kesucian.

Manakala logo pula ialah lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dan sebagainya, yang tersirat dengan maksud tertentu.

Contohnya gambar daun lontar merupakan lambang Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan pada kepala surat, lencana, logo, program rasmi DBP dan lain-lain. Begitu juga lambang sekolah digunakan pada lencana pelajar, kepala surat, program rasmi sekolah dan pelbagai lagi.
Tatabahasa30.05.2013

Kembali ke atas