Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luar] | لوار

Definisi : lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang ~; ~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan (per­bincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kena­mengena (tidak bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; ke luar ke sebelah luar; meluar menyembul keluar, menonjol keluar; meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh keluar; luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; peluaran; dunia ~ dunia luar; ®keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luar] | لوار

Definisi : bahagian (ruang, tempat dll) yg bukan di dalam: kulit ~; orang ~. ~ bandar daerah yg jauh dr bandar. ~ biasa tidak spt yg biasa; ganjil. ~ dugaan tidak disangka-sangka. ~ negeri, = negeri ~ negeri asing. ~ nikah tidak dlm ikatan suami isteri yg sah (ttg perhubungan antara lelaki dgn perempuan). ~ talian ist keadaan kelengkapan atau peranti komputer di luar kawalan sistem utama komputer. luaran (sesuatu) yg di luar: masalah ~. di luar 1 di sebelah (bahagian) luar: Sementara ia memasak di dapur, anaknya bermain-main ~. 2 tidak termasuk dlm sesuatu perhitungan dll; kecuali: Penipuan itu berlaku ~ pengetahuan saya. ke luar (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Bertanam cempedak di luar kota,
     Tumbuh rendang condong ke desa;
Orang nan tidak memandang harta,
     Tapi memandang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN TAHU ISTILAH APA PERBEZAAN LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI ITU CONTOH PAHANG DAN PERAK DIKATAKAN LUAR NEGERI ATAU LUAR NEGERI ITU LUAR NEGERI DARIPADA LUAR NEGARA MALAYSIA. APA PULA ISTILAH LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA SAMA ISTILAH.SEKIAN.Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk kepada negara asing. Bagi istilah"foreign" pula padanannya ialah "luar negeri". Dalam konteks negara kita Malaysia jika kita berada di Kuala Lumpur, maka luar negeri itu merujuk kepada negeri-negeri lain dalam negara.Tatabahasa25.11.2010
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat?

1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya.

2. Istilah luar negara lebih tepat.

Lain-lain20.07.2010
di antara luar negara dan luar negeri yang manakah betul untuk menggambarkan luar dari malaysia.Kedua-duanya betul apabila merujuk luar dari Malaysia. Kata foreign misalnya diterjemahkan kepada luar negeri dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun luar negara juga betul berdasarkan konteks negara.Tatabahasa24.08.2011
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan TerbinaUntuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbinaTatabahasa14.04.2014
Manakah yang betul? (i) melanjutkan pelajaran di luar negeri (ii) melanjutkan pelajaran di luar negara (iii) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (iv) melanjutkan pelajaran ke luar negara

 

Salam sejahrtera,

'Melanjutkan pelajaran ke luar negara' merupakan frasa yang betul.

Tatabahasa18.01.2013
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tqPenggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Jika Ali melanjutkan pelajaran di England? Jadi Ali dikatakan melanjutkan pelajaran ke luar negeri ATAU ke luar negara?terima kasih

Frasa yang betul ialah luar negara.

Tatabahasa12.04.2009
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Mohon pencerahan tentang penggunaan dari dan daripada untuk frasa berikut: dari luar atau daripada luar, daripada pagi sampai malam, daripada mula lagiSekiranya merujuk tempat dan masa, frasa yang betul ialah "dari luar negara" dan "dari pagi sampai malam".Lain-lain02.03.2016
Apakah maksud "pendapatan faktor bersih dari luar negeri" dari segi ekonomi?

Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang diterima daripada luar negara dengan nilai pembayaran ke luar negara.

Lain-lain13.06.2022
12345678910...

Kembali ke atas