Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
low-neckedadj (of woman’s dress etc) berleher luas, luas lehernya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
open~ wide so that I can see how bad your throat is, buka mulut luas-luas supaya saya dapat melihat bagaimana teruknya kerongkong saudara; 2. (of shop, office, place of business, etc) dibuka: the shop does not ~ until ten o’clock, kedai itu tdk dibuka sehingga pukul sepuluh; 3. begin, commence, bermula; (of play, opera, etc) pementasan [sst] bermula, mula dipentaskan; (of film) mula ditayangkan, penayangan [sst] bermula; (of circus, acrobatic show, etc) bermula, pertunjukan [sst] bermula:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mouthn 1. cavity in the head containing tongue and teeth, mulut: he stuffed his ~ with food, dia menyumbat mulutnya dgn makanan; open your ~ wide, buka mulut kamu luas-luas; a mother cat carries its young in its ~, ibuKamus Inggeris-Melayu Dewan
capaciousadj luas: a ~ pocket, kocek yg luas; a ~ room, sebuah bilik yg luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wideadv 1. to the fullest extent, luas: the door was ~ open, pintu itu terbuka luas; he opened his mouth ~, mulutnya terbuka luas; he balanced himself with his legs ~ apart, dia mengimbangi dirinya dgn kakinya terbuka luas; 2. away from the target, tdk mengenai sasaran: the bullet landed ~ of its mark, peluru itu tdk mengenai sasaran; the arrow went ~, anak panah itu tdk mengenai sasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowledgeableadj berpengetahuan luas: to be ~ about politics, berpengetahuan luas ttg politik; a ~ man, orang yg berpengetahuan luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well readadj luas pengetahuan: a well ~ man, seorang yg luas pengetahuannya; she’s ~ in Asian history, dia orang yg luas pengetahuannya ttg sejarah Asia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
far-flungadj 1. widely distributed, spread, luas sekali: ~ trade connections, perhubungan perdagangan yg luas sekali; the ~ British Empire, Empayar British yg luas sekali; 2. remote, terpencil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abroad /be, get, spread/ ~, be, become widespread, tersebar (luas): when the news got ~, apabila khabar itu tersebar luas; a rumour is ~ that..., khabar angin tersebar luas kononnya...; from ~, dr luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vastadj 1. spreading a great distance, luas terbentang: a ~, arid region, kawasan kontang yg luas terbentang; a ~ expanse of sea, laut yg luas terbentang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas