Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
area moment of inertiamomen sifatekun luasMekanikGunaanUkuran kuantitatif bagi agihan jejarian sesuatu luas di sekitar sebarang paksi tertentu. Simbol yang digunakan untuk momen sifatekun luas ialah I. Unit ukurannya ialah m4. (Perhatikan bahawa momen sifatekun luas tidak ada kaitan dengan momen sifatekun jisim. Istilah ini digunakan semata-mata keranaungkapan matematik yang memerihalkannya menyerupai ungkapan yang memerihalkan momen sifatekun yang sebenar). Secara matematik, momen sifatekun luas infinitesimal dI bagi unsur pembeza yang mempunyai luas dA diukur di sekitar sebarang paksi ditakrifkan sebagai ‘hasil darab luas unsur itu dan kuasa dua bagi jarak terdekat r di antara unsur itu dengan paksi yang berkenaan’, iaitu dI = r2 dA. Maka momen sifatekun luas bagi seluruh luas yang berkenaan diberikan oleh sebutan IA = òr2 dA. Paksi rujukan untuk menghitung momen sifatekun luas berada di satah yang sama dengan satah luas berkenaan ataupun normal padanya. Momen sifatekun yang diukur dari paksi-paksi Cartesan di satah luas berkenaan dinamai momen sifatekun segi empat tepat, dan yang diukur dari paksi yang serenjang dengan satah x-y dinamai momen sifatekun kutub. Simbol untuk momen sifatekun segi empat tepat ialah Ix dan I, manakala simbol untuk momen sifatekun kutub ialah JO. Dalam ilmu mekanik, momen sifatekun luas digunakan dalam analisis daya teragih. Nilai momen sifatekun luas sentiasa positif. Momen sifatekun luas juga dinamai momen kedua luas.
blade area rationisbah luas bilahKejuruteraanTiadaNisbah di antara luas terorak bilah dengan luas yang dihasilkan oleh putaran bilah.
first moment of areamomen pertama luasMekanikGunaanMomen bagi luas di sekitar sesuatu paksi. Secara matematik, momen pertama ditakrifkan oleh kamiran dA, dengan r sebagai jarak serenjang di antara paksi rujukan yang berkenaan dengan luas unsur dA. (Ungkapan r dA memberikan momen pertama luas unsur di sekitar paksi itu). momen pertama luas biasanya dirujuk pada paksi Cartesan dan, dalam kes ini, nilainya diberikan oleh sebutan òy dA bagi momen pertama di sekitar paksi-x dan sebutan òx dA bagi momen pertama di sekitar paksi-y. Dalam mekanik, momen pertama luas digunakan dalam menari sentroid bagi luas. Momen pertama diukur dalam unit m3. momen pertamalus kadangkala dinamai momen statik.
French sixthFrench sixthKesenianTiadaKord luas ke-6 mengandungi major ke-3, luas ke-4 dan luas ke-6.
percentage of reinforcementperatus tetulangKejuruteraanKejuruteraan BangunanNisbah luas keratan tetulang di dalam konkrit berbanding dengan luas keseluruhan keratan atau luas efektif keratan konkrit.
theorems of Pappusteorem PappusMekanikGunaanDua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari paksi-x [Rajah T2]. Jika lengkung atau luas yang berkenaan berkisar melalui sudut q yang kurang daripada 2p, maka diperoleh hubungan yang lebih umum, A = qyL dan V = qyA. Teorem-teorem Pappus biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan sentroid apabila luas permukaan kisar ataua isi padu jasad kisar diketahui. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 200 RAJAH T2
total surface arealuas permukaan seluruh; jumlah luas permukaanMatematikTiadaTiada
composite arealuas rencamMekanikGunaanLuas yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih luas yang mudah.
oblique cylindrical equal-area projectionunjuran silinder serong sama luas; unjuran sama luas silinder serongGeografiTiadaTiada
sphericitykesferaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah luas permukaan sfera terhadap luas permukaan objek bagi keadaan isi padu yang sama. Nilai ini memudahkan pemodelan matematik sesuatu bahan yang tak berbentuk sfera.
12345678910...

Kembali ke atas