Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1 liang: ~ jarum. 2 rongga: ~ hidung. 3 lekuk di tanah dll: Penyu bertelur di dlm ~ yg digalinya sendiri. ~ angin lubang pd dinding dll utk angin keluar masuk. ~ butang lubang pd pakaian tempat memasukkan butang. ~ mata rongga mata. melubang membuat lubang; menggerek. melubangi membuat atau menebuk lubang pd sesuatu: Ia ~ pintu itu supaya mudah memasang kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tunnel2. underground passage dug by burrowing animal, lubang: the rabbits made little ~s in the field, arnab-arnab membuat lubang-lubang kecil di ladang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop5. repair gap, hole,, a. (by covering), menutup: he ~ped the holes in the wall with odd pieces of wood,, dia menutup lubang-lubang di dinding itu dgn kepingan-kepingan kayu; b. (by filling in), menampal: he went to the dentist and had three teeth ~ped,, dia berjumpa doktor gigi dan tiga batang giginya telah ditampal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bore1vt 1. make (as if) with revolving tool, menggerek: to ~ an oil well, menggerek telaga minyak; holes ~d by insects, lubang-lubang yg digerek oleh serangga; 2. make hole in (as if) by using revolving tool, menggerek: he used an electric drill to ~ the plank, dia menggunakan gerudi elektrik utk menggerek papan itu; 3. make by excavating, digging, etc, mengorek: they ~ed a tunnel through the mountain, mereka mengorek terowong melalui gunung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rob~ Peter to pay Paul, gali lubang timbus lubang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prickvt 1. pierce with sharp point, mencucuk; (accidentally) tercucuk: the boy ~ed his sister’s balloon, budak itu mencucuk belon adik perempuannya; the lid of the box of silkworms had holes ~ed in it, terdapat lubang-lubang yg dicucuk pd penutup kotak yg berisi ulat sutera; watch out for the thorns, they’ll ~ you, hati-hati dgn duri itu, jangan tercucuk; 2. cause (so.)to feel pain, menganggu perasaan: my conscience is ~ing me, rasa bersalah mengganggu perasaan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
holen 1. hollow space in solid body, lubang: the road is full of ~s, jalan itu penuh lubang; he has a ~ in his tooth, giginya berlubang; in ~s, berlubang-lubang: his socks are in ~s, stokingnya berlubang-lubang; 2. burrow, lubang: a rabbit ~, lubang arnab; 3. (colloq) unattractive, unpleasant dwelling-place, tempat yg buruk: I’m leaving this ~, and hope never to set foot in it again, saya akan meninggalkan tempat yg buruk ini, dan tak akan menjejakkan kaki ke sini lagi; 4. flaw, kelompangan: his argument is full of ~s, hujahnya penuh dgn kelompangan; 5. (golf) lubang: a nine- ~ golf-course, padang golf sembilan lubang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
openingn 1. aperture, lubang: an ~ in the ceiling, lubang di siling; an ~ in the fence, lubang di pagar; 2. commencement, pembukaan: the ~ of the building, pembukaan bangunan; 3. vacancy, peluang bekerja: there is no ~ at the bank for the moment, tiada peluang kerja di bank buat masa ini; 4. opportunity, peluang: a good ~ for business, peluang baik utk berniaga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pit 1n 1. any hole in the ground, lubang: the rubbish was dumped in the ~ and burnt, sampah sarap dibuang ke dlm lubang lalu dibakar; 2. a. coal mine, /lombong tampang/ arang batu: his whole life has been spent in the ~s, seluruh hidupnya dihabiskan dgn bekerja di lombong arang batu; b. shaft, lubang, syaf: several deep ~s have been dug to extract the minerals, beberapa buah lubang telah digali utk mengeluarkan galian; gravel ~, lubang kerikil; 3. covered hole as trap for wild animal, lubang, perlubangan, serling: they dug a deep ~ and covered it with vines, mereka menggali lubang yg dalam dan menutupnya dgn vain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loopholen 1. means of avoiding penalty, responsibility in rule or law, jalan keluar: some people can evade tax due to ~s in the law, sesetengah orang dapat mengelakkan cukai krn adanya jalan keluar dlm undang-undang; 2. slit in masonry wall, lubang: the old fort had narrow ~s through which the soldiers fired, tembok lama itu mempunyai lubang-lubang yg membolehkan askar-askar menembak menerusinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
riddle 2 vt pierce with numerous holes, (act.) melubang-lubangkan; (pass.) berlubang-lubang: bullets ~d the car, kereta itu berlubang-lubang kena peluru; the ship was ~d with shots, kapal itu berlubang-lubang kena tembakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas