Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1 liang: ~ jarum. 2 rongga: ~ hidung. 3 lekuk di tanah dll: Penyu bertelur di dlm ~ yg digalinya sendiri. ~ angin lubang pd dinding dll utk angin keluar masuk. ~ butang lubang pd pakaian tempat memasukkan butang. ~ mata rongga mata. melubang membuat lubang; menggerek. melubangi membuat atau menebuk lubang pd sesuatu: Ia ~ pintu itu supaya mudah memasang kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
congkak IIpermainan dgn biji-bijian (biji getah, biji saga dll) yg ditaruh dlm lubang-lubang di tanah atau lubang-lubang pd kayu yg dibuat spt sampan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
congkak IIpermainan dgn biji-bijian (spt biji getah, biji saga dll) yg ditaruh dlm lubang-lubang di tanah atau lubang-lubang pd kayu yg dibuat spt sampan.Kamus Pelajar
lopak Ilubang di tanah yg berisi air, kobakan: lubang-lubang air atau ~-~ hendaklah ditimbus; berlopak, berlopak-lopak berlekuk-lekuk (berlubang-lubang) dan berisi air: tempat itu ~ dan becak.Kamus Dewan Edisi Keempat
stomaist lubang-lubang halus yg ter­dapat pd daun; lubang pernafasan daun: Oksigen diserap melalui ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
stoma ist lubang-lubang halus yg terdapat pd daun; lubang pernafasan daun: Oksigen diserap melalui ~.Kamus Pelajar
biang IIIlubang-lubang kecil pd dinding atau pd atap yg bocor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mata pukatlubang-lubang pd pukat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengelepatmenutup lubang-lubang atau celah-celah papan kapal dgn gala-gala (pakal dsb), memakal.Kamus Dewan Edisi Keempat
biang IIIlubang-lubang kecil pd dinding atau pd atap yg bocor.Kamus Pelajar
lentisel/léntisél/ ist lubang-lubang halus pd batang tumbuh-tumbuhan utk pernafasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas