Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : bahagian sungai atau laut yg dalam. ~ hati (jiwa) dlm hati; batin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Lebih dalam lubuk India;
Berapa tajam sidak keris,
     Terlebih tajam tergesel mata.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lubuk kasih AidiladhaMetia SukmaKeluarga Harmoni15 December 2007
LubukTifani, AjamuddinHorison1 July 1993
Lubuk MandiAtiyansa M .SFamili1 November 1991
Rahsia Lubuk BuangSaifullizan YahyaTunas Cipta1 November 2006
Tokoh lubuk akal lautan budiMuhammad Rosli SaludinDewan Sastera1 December 2008
Makam Lubuk Pelang: kesan perang Pahang-AcehMokhtar Kamaruddin DaudDewan Siswa1 June 1979
Jualan langsung "lubuk jutawan"A. Zaidell A. JamilDewan Masyarakat1 November 2006
Pengalaman trekking ke Lubuk TedungAzman SidekDewan Siswa1 July 1997
Getar sukmanya menyerap lubuk jiwaLee, Selina S.F.Dewan Sastera1 December 2004
Seorang Tua di Lubuk PuakaMohd. Salleh HussinTunas Cipta1 March 2003
12

Kembali ke atas