Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : bahagian sungai atau laut yg dalam. ~ hati (jiwa) dlm hati; batin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Lebih dalam lubuk India;
Berapa tajam sidak keris,
     Terlebih tajam tergesel mata.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lubuk mati bertigaHaji Mohd. Abdul RahmanTiada1961 
Lubuk TeruaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-72178
Lubuk pusingDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Lubuk TeruaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-7215-1
Lubuk sastraAl-Hikmah PressTiada1983 
Lubuk rahmatIBS BukuTiada1988967-950-094-2
Lubuk kesayanganDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-7500-2
Tragedi lubuk buayaPustaka Sistem PelajaranTiada19899679023206
Rahsia lubuk antuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4110-8
Rahsia Lubuk AntuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4110-8
1234

Kembali ke atas