Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : bahagian sungai atau laut yg dalam. ~ hati (jiwa) dlm hati; batin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Lebih dalam lubuk India;
Berapa tajam sidak keris,
     Terlebih tajam tergesel mata.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lubuk berpenunggu yang digeruniEdwin RaohUtusan Borneo19.04.2008
Lubuk buku lucahKamarulzaman PidHarian Metro30.11.2007
"Lubuk Mati Bertiga" dapat sambutanLim Tiam HionBacaria30.10.1993
"Lubuk Jong" hidupkan semula teater di Pasir MasMuhammad Nor IsmailUtusan Melayu28.03.1984
Lubuk Jong dapat sambutan hangat di KelantanTiadaUtusan Malaysia08.08.1984
Lubuk MandiZamri BaharWarta Perdana19.09.1993
Pementasan Lubuk Jong 16 MacTiadaMingguan Wanita17.02.1984
Peristiwa Lubuk Merbau satu perkara yang besarZahari AffandiMerdeka01.02.1985
Buku Lubuk Ilmu!Jusof ManafBerita Minggu18.01.1981
Tragedi Lubuk MandiDayang MUtusan Zaman21.05.1989
12

Kembali ke atas