Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bu/] | لوبوق

Definisi : bahagian sungai atau laut yg dalam. ~ hati (jiwa) dlm hati; batin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Lebih dalam lubuk India;
Berapa tajam sidak keris,
     Terlebih tajam tergesel mata.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warm poollubuk panasSainsHidrometeorologiKawasan atau lubuk yang udaranya agak panas dan dilingkungi udara yang lebih sejuk. Istilah ini biasanya digunakan untuk udara panas yang menganjur menegak dengan tingginya, dan terpencil di latitud tinggi apabila berlaku tekanan tinggi terpenggal.
whirlpoollubuk pusarGeografiTiadaTiada
whirlpoollubuk pusarGeografiTiadaTiada
whirlpoollubuk pusarPerikananTiadaTiada
whirlpoollubuk pusar; air pusarGeografiTiadaTiada
poollubukHidrologiTiada(1) Badan air tenang yang kecil dan agak dalam. (2) Lihat waduk.
abyssallubukSains MarinTiadaLantai laut yang menganjur ke bahagian dasar lautan yang berada pada kedalaman 4000-6500 m dari aras laut. Lihat juga abis.
plunge poollubuk tunjamGeografiTiadaTiada
deltaic poollubuk deltaGeografiTiadaLopak air di permukaan delta terbentuk bila limpahan air daripada alur-alur delta bertumpu ke dalam lekukan-lekukan.
plunge poollubuk tunjamGeologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas