Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.cu] | لوچو

Definisi : membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka: mereka tertawa mendengar cerita yg ~ itu; kejadian itu sangat ~; melucu, berlucu membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa, berjenaka, ber­kelakar: ia cuba ~; kelucuan sesuatu yg menggelikan hati, ke­jenakaan, kelakar, lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum; pelucu orang yg sifatnya suka melucu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.cu] | لوچو

Definisi : menggelikan hati; menyebabkan orang tertawa: Cerita yg ~ itu menyebabkan murid-murid tertawa terbahak-bahak. melucu melakukan sesuatu supaya orang tertawa; berkelakar. kelucuan 1 sesuatu yg menggelikan hati; lelucon; lawak. 2 keadaan atau hal lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucu (adjektif)
Bersinonim dengan jenaka, menggelikan hati, kelakar, lawak, lelucon;,
Kata Terbitan : melucu, berlucu, kelucuan, pelucu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comic reliefselingan lucuKesusasteraanTiadaAdegan lucu, kejadian lucu atau kata-kata lucu di dalam penulisan cereka atau drama yang serius.
black humourhumor pahitKesusasteraanTiadaKesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam.
humour appealpemikat lucuKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi dan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Aspek negatif dalam iklan ini ialah terdapatnya unsur menyindir watak remaja obes.
comic reliefselingan lucuKomunikasiTiadaSelingan yang berbentuk adegan lucu yang diselitkan ketika berlakunya adegan yang tegang. Tujuannya ialah untuk mengendurkan suasana tersebut supaya dapat merehatkan emosi penonton.
buffoonwatak lucuKesenianDrama dan TeaterPeranan dalam drama yang diwujudkan dengan ciri lawak untuk tujuan mengurangkan tegangan emosi dalam urutan cerita sesebuah drama.
musical jokemuzik lucuKesenianTiadaTiada
sense of humourderia lucuPendidikanTiadaTiada
limericklimerikKesusasteraanTiadaPuisi lucu dan nakal yang memerihalkan gelagat manusia dan keadaan tempat. Rangkap beritma puisi ini ialah lima baris, iaitu a,a,b,b, a dengan dua tekanan suku kata pada baris ketiga dan keempat, dan tiga tekanan di baris yang lain. Contoh limerik terdapat dalam buku Book of Nonsense oleh edward Lear. Antara penulis terkenal yang menulis puisi ini ialah Tennyson, Swinburne dan Kipling. Limerik mula diperkenalkan pada tahun 1820-an. Contoh sebuah limetrik adalah seperti yang berikut: The was an Old Man with a beard, Who said, �It is jus as I feared! Four Larks and a Wren, Tho Owls and a Hen, Have all built their nests in my beard!�
pantaloonpantalunKesusasteraanTiadaWatak lucu dan dungu yang popular dalam drama komedi 'commedia dell'arte' di Itali.
limericklimerikKesusasteraanTiadaPuisi lucu berbentuk lima baris dalam satu rangkap dan berima aabba.
123456

Kembali ke atas