Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luluhawa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
differential weatheringluluhawa (ke) bezaanGeologiTiadaLuluhawa yang berlaku pada kadar yang berbeza-beza akibat komposisi dan ketahanan batuan yang berubah-ubah atau keamatan luluhawa yang berbeza-beza.
alveolar weatheringluluhawa alveolusGeologiTiadaLuluhawa kimia yang menyebabkan terbentuknya lubang-lubang yang tidak terkira jumlahnya pada permukaan batuan.
accelerated weatheringluluhawa dipercepatKejuruteraanPolimerLuluhawa ke atas bahan polimer dengan mendedahkan bahan tersebut kepada sumber sinaran ultraungu berkeamatan tinggi yang akan mempercepat degradasi bahan polimer.
onion weatheringluluhawa bawangGeografiTiadaSejenis luluhawa mekanikal di mana pengelupasan bahagian luar batuan berlaku kerana wujud perbezaan tegasan di antara bahagian luar dan dalam batuan.
mechanical weatheringluluhawa mekanikalGeologiTiadaProses luluhawa yang melibatkan pemecahan batuan menjadi serpihan-serpihan yang lebih kecil melalui tindakan ibun, pertumbuhan hablur garam, penyerapan air, dan proses-proses fizikal lainnya tanpa melibatkan perubahan kimia batuan tersebut.
onion weatheringluluhawa bawangGeologiTiadaSejenis luluhawa mekanikal di mana pengelupasan bahagian luar batuan berlaku kerana wujud perbezaan tegasan di antara bahagian luar dan dalam batuan.
chemical weatheringluluhawa kimiaGeologiTiadaProses luluhawa yang melibatkan perubahan batuan dan mineral kepada batuan dan mineral yang baru.
honeycomb weatheringluluhawa sarang lebahGeografiTiadaSejenis luluhawa kimia bezaan yang membentukkan permukaan batuan berbentuk sarang lebah.
weathering indexindeks luluhawaGeologiTiadaUkuran ciri luluhawa batu arang, mengikut tatacara makmal piawai.
weathering shottembakan luluhawaGeologiTiadaPeledakan cas letupan kecil di lapisan luluhawa atau lapisan halaju-rendah untuk menentukan ciri halaju dan ketebalannya dalam penjelajahan seismos.
12345678910...

Kembali ke atas