Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
breeze~ through, lulus dgn /mudah, senang/: she ~d through the exam, dia lulus dlm peperiksaan itu dgn mudah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrape~ through, lulus [sst] cukup makan: he just ~d through the exam, dia lulus peperiksaan itu cukup makan saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
romp~ through, (colloq) lulus dgn mudah: he ~ed through his test, dia lulus ujian itu dgn mudah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squeeze ~ through, a. see vi;, b. only just able to pass,, lulus cukup-cukup sahaja: his sister did very well in the exam, but he only managed to ~ through,, adiknya lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan itu, tetapi dia hanya lulus cukup-cukup sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pass3. attainment of a satisfactory standard in examination, lulus; (colloq) pas: she was rather disappointed that she only obtained a ~ in the examination and not a credit, dia agak kecewa krn dia hanya lulus dlm peperiksaan itu dan tdk mendapat kepujian; the ~ - mark has been increased to 65 per cent, markah lulus telah dinaikkan ke-65 peratus; 4. (of aircraft) lalu: the aeroplane made several ~es over the town, kapal terbang itu lalu beberapa kali di ruang angkasa bandar itu; 5. (in conjuring) gerak tangan: the magician made a few ~es over the hat, tukang silap mata itu membuat beberapa gerak tangan atas topi itu; bring st to ~, (fml) menyebabkan sst +Kamus Inggeris-Melayu Dewan
qualifyvi pass relevant examination or successfully complete a course of training, lulus, mendapat kelulusan: he qualified as an accountant last year, dia lulus sbg akauntan tahun lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
qualificationn 1. act of, a. (passing exams) lulus: after ~ as a doctor he began to study law, selepas lulus sbg seorang doktor dia mempelajari undang-undang; b. (completing training) tamat menjalani latihan: even after ~, many have difficulty in finding suitable work, walaupun telah tamat menjalani latihan, ramai yg mendapati sukar utk mencari kerja yg sesuai; 2. proof of passing examination or of completing course of training, kelulusan: academic ~s are not that important in the business world, kelulusan akademik tdk begitu penting dlm dunia perniagaan; secretarial ~s, kelulusan kesetiausahaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ so. through (exam, test), /membantu, menolong/ hingga sso lulus: with additional classes the lecturer got all his students through, dgn mengadakan kuliah tambahan, pensyarah itu dapat membantu hingga semua pelajarnya lulus; ~ st through, a. cause st to move, pass through, membawa sst melalui: we could not ~ the cupboard through the door, kami tdk dapat membawa almari itu melalui pintu; b. cause st to be passed by Parliament, (berjaya) mengatur supaya sst diluluskan: to ~ a bill through the House, berjaya mengatur supaya rang undang-undang diluluskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
each~ of + pl n, /setiap, tiap-tiap/ + sing. n, tiap-tiap + classifier drpd + pl n: ~ of the students passed, setiap pelajar itu lulus or tiap-tiap seorang drpd pelajar-pelajar itu lulus; ~ of the books, setiap buah buku or tiap-tiap sebuah drpd buku-buku itu; ~ of /us, them/, /we, they/ ~, tiap-tiap seorang drpd /kami, mereka/, /kami, mereka/ masing-masing: ~ of us won a prize; we ~ won a prize, tiap-tiap seorang drpd kami memenangi hadiah or kami masing-masing memenangi hadiah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graduatevi 1. obtain degree from university or college, /mendapat, memperoleh/ ijazah: she ~d in law last year, dia mendapat ijazah undang-undang tahun lalu; to ~ with honours, mendapat ijazah dgn kepujian; 2. gain qualification, lulus sbg: he ~d as an engineer, dia lulus sbg jurutera; 3. (US) complete a course from other institutions, lulus: she never ~d from high school, dia tdk lulus sekolah tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas