Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ?Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per.Makna21.11.2009
Saya hendak daftar IKLAN tetapi sampai sekarang tidak lulus boleh tuan/puan semakkan kenapa iklan saya tidak lulus dan apa punca iklan saya tidak lulus. syahrizal 0127140941@0177553774Untuk makluman tuan, DBP tidak mengesahkan logo atau nama syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KEDAI GUNTING RAMBUT” di bahagian paling atas. Pembetulan hendaklah dibuat dalam visual iklan, bukannya dalam permohonan.Lain-lain09.04.2017
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari lulus">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
boleh lulus takUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain19.04.2017
boleh lulus tak?Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain19.04.2017
jika tak lulus, boleh bagi komen atau cadangan atau panduan?Tuan/puan boleh pergi ke laman Khidmat Pengesahan Iklan semula untuk melihat status dan pindaaan yang dicadangkan daripada pegawai kami berkenaan iklan yang diberi.

Pembetulan.
- Jom hantar anak-anak kita
- Genius dengan Al-Quran dan Sunah
- Tmn. (letak titik)
Lain-lain23.10.2016
tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyaktolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak
Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.
Lain-lain24.01.2014
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga.Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar.Lain-lain30.01.2013
Saya ada membuat permohonan untuk papan iklan di DBP SEE CUT melalui online tapi tidak lulus. Boleh Tuan/Puan bantu saya sebab apa tidak lulus. Minta hantar di email mjamalzainal@gmail.com. T.Kasih

Sila kemukan visual iklan yang lebih besar dan jelas untuk pengesahan melalui laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain06.03.2017
Permohonan kami mendapat status "Tidak LuluS". Sila nasihat kami langkah seterusnya serta sebab-sebabnya. Sekian terima kasih. No. Pendaftaran : 27160/2016 Pemohon : R. Gobalakrishnan Syarikat : CLEAN TOWER SERVICES SDN. BHD. Tajuk : Peluang Pekerjaan Sebagai Tukang Cuci (Cleaner) Tarikh Selesai : 03/06/2016 Status : TIDAK LULUSTuan hendaklah membuat pembetulan seperti yang diminta, iaitu MR. GOBAL tukar kepada EN. GOBAL dan OFFICE tukar kepada PEJABAT. Setelah dibuat pembetulan, sila kemas kini permohonan tuan mealui portal tersebut.Lain-lain03.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas