Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
puddlemengedapkan;lumatPertanianTiadaTiada
puddlemengedapkan;lumatPerhutananTiadaTiada
puddlemengedapkan;lumatKejuruteraanTiada1. Mengenakan air untuk mengenapkan habuk bebas.,2. Logam lebur di dalam dandang pengedapan.,untuk menjadikan empangan atau kolam kalis air.
undermilledtak lumatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
all sliminglumat lompiKejuruteraanTiadaProses mengisar bijih sehingga hampir kesemuanya menjadi halus serta boleh melepasi skrin 200 - kasa.
finely milledkisaran lumatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mild humus (mull)humas lumatPertanianTiadaTiada
undermilled riceberas tak lumatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
paper mashed (papiermache)kertas lumatKesenianTiadaTiada
mashlecek; lecekan; dedakPentadbiran PerniagaanTiadaMenekan-nekan sehingga lumat.
123

Kembali ke atas