Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUMBA KUDA BERHALANGAN UMUM 
PIALA MELBOURNE

Piala Melbourne ialah acara lumba kuda yang

paling masyhur dalam kalendar perlumbaan

Australia atau New Zealand. Perlumbaan ini

merupakan acara handikap sejauh 3.2 kilometer di

Balapan Flemington Melbourne pada hari Selasa

pertama bulan November. Perlumbaan itu

disiarkan melalui radio dan televisyen. Penduduk

Melbourne mendapat cuti awam pada hari

perlumbaan tersebut.

UMUM 
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
RICHARDS, SIR GORDON

Richards, Sir Gordon (1904–1986), joki British

yang pertama menerima gelaran kesateria. Dia

menerima anugerah ini pada tahun 1953 untuk

khidmatnya dalam bidang lumba kuda. Richards

lahir di Oakengates, Shropshire.

UMUM 
PERJUDIAN

Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu

permainan, peristiwa, atau kejadian secara

kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh

duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan

dibuat pada permainan menguji nasib seperti

loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan

acara sukan yang lain.

UMUM 
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 
LEXINGTON

Lexington, Kentucky (pend. 204 165; pend.

kaw. met. 317 629) ialah salah satu daripada pusat

perdagangan tembakau yang utama di Amerika

Syarikat. Kawasan Lexington juga merupakan

pasaran utama bagi kuda lumba. Lexington ialah

bandar raya yang kedua terbesar di Kentucky.

UMUM 
MELIGAS

Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah,

merupakan satu perlumbaan kuda yang popular.

Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang

berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang

dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia,

Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta

kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang

menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun.

Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek

perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh

bertaruh ke atas kuda.

UMUM 

Kembali ke atas