Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk jawapan tuan bagi soalan 31.`saya sedang berlatih lumba berlari. Merujuk kamus Dewan m/s 965. `lumba lari` adalah lebih tepat. Apakah pendapat tuan ?Yang betul ialah "saya sedang berlatih lumba lari", kerana lumba lari ialah kata nama yang tidak memerlukan imbuhan.Tatabahasa18.04.2009
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa?Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut.Tatabahasa02.05.2012
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud  segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll).

Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis.
Makna25.05.2017
BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SUKAN, DAN BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN PERMAINANSukan digunakan apabila merujuk kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bola sepak, tenis, lumba lari dan lompat galah. Permainan apabila merujuk: 1. sesuatu yang digunakan untuk bermain; dan 2. perihal bermain seperti bola sepak. Ini bermakna sukan boleh membawa maksud permainan tetapi permainan tidak semestinya bermaksud sukan.Tatabahasa27.09.2011
Saya hendak kepastian tentang kata "peserta" sama ada kata ini membaw maksud jamak atau tidak. Bolehkah kata ini digandakan?Boleh digandakan. Contohnya, Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Lain-lain14.05.2019
Beca yang dihiasi/dihiaskan dengan Jalur Gemilang tampak cantik dan menarik ketika membawa pelancong. Jawapan manakah yang paling sesuai dihiasi atau dihiaskan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut. 2) Beberapa orang murid sedang menjalani/menjalakan latihan lumba lari di padang sekolah. Jawapan manakah yang paling sesuai menjalani atau menjalankan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut.. 3) murid-murd yang bertugas sibuk menghias/menghiasi pentas dengan kain renda yang cantik. Jawapan manakah yang paling sesuai menghiasi atau menghias....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut...Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). 

Apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak).

Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'


Jawapan yang betul ialah;

1. dihiaskan dengan beca...
2. menjalankan latihan...
3. menghiaskan pentas...
Tatabahasa10.04.2013
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih...
  • Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan;
  • (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis.

    Sekian terima kasih.

    Makna01.04.2009
    12

    Kembali ke atas