Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja kesatuan itu telah ~; bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~ penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya; melumpuhkan menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; kelumpuhan perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di situ terbaring/terbaringnya sekumpulan orang lumpuh. Dalam ayat di atas, adakah 'nya' wajib dibubuh untuk menjadikan ayat tersebut gramitis?Ayat yang betul ialah Di situ terbaring sekumpulan orang lumpuh/ Di situlah terbaring sekumpulan orang lumpuh.Tatabahasa05.09.2014
Kekeringan tubuh badannya membuatkan dia sering diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan anggotanya lumpuh. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQAyat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1) Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2) Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3) Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4) Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih.

Keempat-empat ayat tersebut betul:

1. Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak.

2. Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam.

3. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat.

4. Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tatabahasa16.02.2022
salam, tepatkah jika sy menterjemahkan enable/enabling= dayakan/mendayakan; disable=nyahdaya? konteks ayat untuk penggunaan software.terima kasih

Cadangan padanan terjemahan untuk enable/enabling ialah membolehkan, manakala disable ialah lumpuh, kelumpuhan. Walau bagaimanapun,  padanan yang tuan beri bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya dalam bidang tertentu.



Penyemakan dan penterjemahan09.04.2021
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai?

1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient.

 

1.  (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.”  Huraian lanjut pula;  

 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.

 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”

 

Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).  

 

2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”.


3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:

 

“tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 

 

4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. 

Istilah18.11.2018
Salam, jika kita hendak merujuk seorang bukan Islam yang sudah meninggal, perlukah kita mengulang perkataan 'mendiang' atau gunakan sekadar sekali sudah memadai pada awal ayat? Contoh: Kami di sini sedang berkabung sempena kematian mendiang/Mendiang Nenek Padma. Dia/Mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Cik Naina yang menjaga mendiang/Mendiang (perlu ada atau tidak penggunaan perkataan 'mendiang') Nenek Padma semasa dia lumpuh. Sekian terima kasih.Perkataan "mendiang" perlu diulang dalam konteks yang tersebut, atau tuan boleh menggunakan ayat majmuk seperti, di sini sedang berkabung bersempena dengan kematian Mendiang Nenek Padma yang meninggal dunia akibat serangan jantung.Tatabahasa06.03.2014

Kembali ke atas