Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja kesatuan itu telah ~; bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~ penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya; melumpuhkan menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; kelumpuhan perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIOMIELITIS

Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah

jangkitan yang serius disebabkan oleh virus.

Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh

infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau

kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada

masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat

ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai

mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin

melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak

itu, polio hampir dibasmi di negara maju.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
DAY-LEWIS, DANIEL

Day-Lewis, Daniel (1957– ) ialah pelakon

Ireland. Pada tahun 1989, dia memenangi Academy

Award sebagai pelakon terbaik dalam filem My

Left Foot, yang melakonkan watak Christy Brown

sebagai seorang penulis dan penyair yang lumpuh.

UMUM 
MIELITIS

Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau

sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh

virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu

bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis

berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala

penyakit mielitis selalunya termasuk

sakit belakang dan lumpuh.

UMUM 
NIMITZ, CHESTER WILLIAM

Nimitz, Chester William (1885–1966),

berkhidmat sebagai pemerintah tertinggi tentera laut

Armada Pasifik Amerika Syarikat semasa Perang

Dunia II (1939–1945). Dia menjadi pemerintah armada

tersebut pada 31 Disember 1941, kira-kira tiga

minggu selepas angkatan laut tersebut hampir

lumpuh akibat serangan tentera Jepun di Pearl

Harbor.

UMUM 
SKLEROSIS LATERAL AMIOTROFIK

Sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali

sebagai ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) ialah

penyakit sistem saraf yang jarang berlaku dan tidak

dapat disembuhkan. Ia juga dikenali sebagai

Penyakit Neuron Motor. ALS secara beransuransur

memusnahkan saraf yang mengawal otot.

Kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian

berlaku. Doktor menasihati pesakit supaya terus

aktif selagi mereka boleh. Tiada rawatan yang

boleh menghentikan ALS.

UMUM 
SKLEROSIS BERBILANG

Sklerosis berbilang, juga dikenali sebagai

Multiple Sclerosis (MS), merupakan penyakit sistem

saraf. Ia dicirikan oleh serangan yang berulang

disebabkan kerosakan sistem saraf, diikuti dengan

pemulihan. Jarak masa dan teruknya serangan ini

tidak dapat ditentukan. Penyakit ini boleh

menyebabkan ketakupayaan yang serius, termasuk

lumpuh kaki dan kehilangan sebahagian daripada

penglihatan. Lebih ramai perempuan menderita

penyakit MS daripada lelaki. Kebanyakan pesakit

mula mendapat gejala MS apabila mereka berumur

dari 20 tahun hingga 25 tahun.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 

Kembali ke atas