Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kuala Lumpur Kuala Lumpur Tiada1974 
Muzika Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! 1996Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MalaysiaTiada1996 
Drama muzika Kuala Lumpur Kuala LumpurDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kuala Lumpur : pemandangan bandar Kuala LumpurDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Dari Kuala Lumpur ke Kuala LumpurBerita PublishingTiada1987967 969 154 3
Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 1992 = Kuala Lumpur International Poetry ReadingDewan Bahasa dan PustakaTiada1992 
Lumpur Nan HitamPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1997967-65-4126-5
Kuala Lumpur structur planDewan Bandaraya Kuala LumpurTiada1982 
Kuala Lumpur draft structure planDewan Bandaraya Kuala LumpurTiada1982 
Pemandangan bandar Kuala Lumpur dari atas menara Kuala Lumpur dan xDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12345678910...

Kembali ke atas