Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pojo[p.dZ]kata adjektifberkenaan hujan yang berterusan.Kolumpo, kalu pojo duo tigo ari, naekla ae.[k.lum.po kA.lu p.dZo du.w ti.g A.Äi nAE/.lA AE]Kuala Lumpur kalau hujan berterusan dua tiga hari naiklah air.
lulok[lu.l/]kata kerjamemijak rumput-rumput sawah yang telah dicangkul ke dalam lumpur bagi persiapan mengubah atau menanam benih padi.Sawah dah kono lulok, bilo lai nak ngubah.[sA.wAh dAh k.n lu.lo/ bi.l lAi: nA Nu.bAh]Sawah sudah lulok, bila lagi hendak mengubah?
monggehet[mN.gE.hEt]kata kerjamenggesel, bersentuhan.Kobau dalam kandang tu, menggehet lumpo kek pintu kandang maso koluwa.[k.bAw dA.lAm kAn.dAN tu mN.gE.hEt lum.p kE/ pin.tu kAn.dAN mA.s/ k.lu.wA]Kerbau dalam kandang itu, menggeselkan lumpur di pintu semasa keluar.
malek[mA.lE/]kata kerjamenyangkul kali kedua, membenamkan lunggukan rumput yang dicangkul dalam pusingan pertama ke dalam lumpur sawah.Kau buek sawah dah malek ko Mak Jah?[kAw bu.wE/ sA.wAh dAh mA.lE/ k mA/ dZAh]Kau buat sawah sudah malek ke Mak Jah?
lunyah I[lu.øAh]kata kerjakerjakan, memijak-mijak.Den ko sawah tadi, siap solopak den lunyah hinggo jadi luluk.[dEn k sA.wAh tA.di si.jAp s.l.pA/ dEn lu.øAh hiN.gA dZA.di lu.lu/]Saya ke sawah tadi siap sepetak saya kerjakan hingga menjadi lumpur.

Kembali ke atas