Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
KESELAMATAN KOMPUTER SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 1 6/6/11 4:01:20 PM iii KAMUS TEKNOLOGI MAKLUMAT: KESELAMATAN KOMPUTER Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kamus teknologi maklumat: keselamatan komputer / penyusun Mazani Manaf ... [ et al.] (Siri kamus istilah MABBIM) ISBN

Kembali ke atas