Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oil-in-water emulsion mudlumpur emulsi minyak dalam airKejuruteraanPetroleumSINONIM: lumpur emulsi Mana-mana lumpur biasa atau lumpur dasar air yang khas yang telah ditambahkan minyak ke dalamnya. Dalam lumpur ini minyak menjadi fasa terserak dan mungkin membentuk emulsi, sama ada secara kimiawi atau secara mekanik. Lumpur ini juga biasanya dikenali sebagai lumpur emulsi.
non-conductive mudlumpur bukan pengkondukKejuruteraanPetroleumMana-mana bendalir penggerudian yang fasa selanjarnya tidak mengalirkan arus elektrik. Contoh lumpur jenis ini adalah lumpur dasar minyak dan lumpur semulsi-songsang. Penggunaan lumpur ini dalam penggerudian penyebabkan pengelongan keupayaan spontan dan pengelogan keberintangan normal tidak mungkin dilakukan.
red-lime mudlumpur kapur merahKejuruteraanPetroleumLumpur merah yang telah diubah menjadi lumpur yang dirawat dengan kapur. Proses ini dilakukan dengan cara menambahkan kapur ke dalam lumpur merah. Nilai pH lumpur ini biasanya antara 12.0 hingga 13.0 RUJUK : lumpur merah
mud pitkolam lumpurKejuruteraanPetroleumTempat simpanan lumpur penggerudian yang berupa kolam yang dibuat di atas tanah atau berupa tangki yang dibuat daripada keluli. Terdapat berbagai-bagai saiz kolam lumpur, bergantung pada keperluan lumpur untuk satu-satu rig penggerudian, dan jumlahnya berbeza untuk satu-satu rig dengan rig yang lain. terdapat dua jenis kolam lumpur, iaitu jenis edaran dan jenis simpanan. pengujian lumpur dan pengawalan sifat lumpur biasanya dilakukan pada sistem kolam edaran.
settling pitkolam pengenapanKejuruteraanPetroleumSejenis kolam lumpur tempat lumpur penggerusian dialirkan ke dalamnya dan di sini terjadi pengenapan dari pepejal berat yang terdapat di dalam lumpur tersebut. Biasanya, alat pembantu (seperti penyahpasir) dipasang di kolam ini untuk mempercepatkan proses pengasingan.
mud ballbebola lumpurGeologiTiadaJisim lumpur atau batu lumpur berbentuk sfera yang terdapat di dalam batuan enapan. Jisim ini terbentuk oleh proses luluhawa atau pemecahan mendapan lempung.
mud gunsenapang lumpurKejuruteraanPetroleumSalah satu peranti pembancuh lumpur. Peranti ini berupa sejenis alat penembak yang digunakan untuk memancutkan lumpur pada tekanan dan halaju tinggi ke dalam tangki lumpur. Alat ini biasanya digunakan untuk mencampurkan bahan tambah ke dalam lumpur.
mud-weight recorderperakam berat lumpurKejuruteraanPetroleumAlat yang dipasang di dalam kolam lumpur dan digunakan untuk mencatatkan nilai ketumpatan lumpur secara terus menerus selama penggerudian dijalankan. Alat ini dipasang dalam kolak lumpur tetapi alat pencatatnya terletak di atas lantai rig.
volcanic mudlumpur gunung berapi; lumpur volkanoGeografiTiadaTiada
volcanic mudlumpur gunung berapi; lumpur volkanoGeologiTiadaCampuran air dan abu volkano.
12345678910...

Kembali ke atas