Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap jelaskan penggunaan "di" dan "ke" dengan betul. Yang manakah yang lebih tepat penggunaannya: Kami sekeluarga telah pergi berkelah "di" sebuah teluk yang terletak di Lumut. atau Kami sekeluarga telah pergi berkelah "ke" sebuah teluk yang terletak di Lumut. Terima kasihAyat yang lebih tepat ialah 'Kami sekeluarga telah pergi berkelah ke sebuah teluk yang terletak di Lumut.' Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa. Dalam konteks ini, 'ke' menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa16.01.2012
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkhidmatan yang boleh diperolehi dari DBP. Bolehkan DBP memberi perkhidmatan proofreading atau pembetulan terhadap struktur bahasa dan ejaan bagi thesis PHD yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Sekiranya boleh, mohon pihak tuan maklumkan bagaimana saya boleh berbuat demikian. Terima Kasih dan salam hormat HARISUNDAR RAJOO TLDM LUMUTUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, kecuali karya terbitan DBP.Lain-lain04.10.2016

Kembali ke atas