Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
LumutMaryiam KhalidUtusan Zaman09.05.1976
Mentafsir Lumut BatuHaron A. HUtusan Zaman07.01.1996
Debu Lumut dan Angin SembiluSabar BohariMingguan Timur07.11.1976
Hijau Lumut, Hijau RumputZanazanzalyBerita Harian (Sastera dan Budaya)05.05.2001
Kemudi di Pulau LumutTiadaBacaria18.03.1987
Senja Di Pulau LumutRahilah AbdullahMingguan Famili01.01.1987
Senja Di Pulau LumutRahilah AbdullahMingguan Famili01.01.1987
Pertemuan Kemudi di Pulau LumutTiadaMingguan Wanita20.03.1987
Kemudi anjur pertemuan di Pulau Lumut pada 4 dan 5 AprilTiadaUtusan Malaysia19.03.1987
Tanding boria sempena Pesta Laut Lumut 1976TiadaBerita Harian04.05.1976

Kembali ke atas