Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
columellakolumelaBiologiHistologi dan Sitologi1. Sekumpulan sel steril yang tersusun di bahagian tengah kapsul lumut jati, lumut hati dan sporangium kulat. 2. Bahagian tengah seperti pada jidal akar, paksi koklea, rangka karang tertentu dan cangkerang gastropod. 3. Bahagian bawah septum nasal. 4. Sel menjari yang berbentuk seperti batang pada debunga atau dinding spora.
moss fibregentian lumut jatiBiologiHistologi dan SitologiGentian saraf yang bercabang dan berselirat menyerupai lumut yang mengelilingi sel lapisan dalam korteks serebelum.
moss agateakik lumutGeologiTiada1. Kalsedoni lut cahaya yang mengandungi kepungan pelbagai warna yang tersusun dalam pola ranting.,2. Akik lumut yang mengandungi kepungan hijau daripada aktinolit atau mineral hijau lainnya.
mosslumutGeografiTiadaKumpulan pokok hijau yang tergolong dalam briofit filum.
mosslumutPerubatanTiadaTiada
mosslumutPertanianTiadaTiada
Ceylon mosslumut CeylonKomunikasi MassaTiadaTiada
peat mosslumut gambutGeografiTiadaTiada
olivaceoushijau lumutKesenianTiadaTiada
mossybak lumutKejuruteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas