Apakah nama sukan air yang meluncur di ombak menggunakan surfboard, luncur ombak atau luncur air? Saya keliru sebab ada sesetengahnya menggunakan nama luncur ombak dan ada sesetengah yang lain pula menggunakan nama luncur air. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah luncur air. | Istilah | 13.04.2016 |
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |
Saya mengalami kebuntuan untuk padanan nama aktiviti sukan untuk "surfing" dan "skating". Saya dapati kedua-duanya bermaksud "luncur/meluncur". Walaupun begitu penggubalan berkenaan dengannya memerlukan perbezaan padanan bahasa antara kedua-dua perkataan tersebut. Mohon khidmat nasihat tuan/puan. | Betul, "surfing" dan "skating" keduan-duanya bermaksud luncur kerana konsep perbuatannya sama, iaitu meluncur. Namun, pengguna boleh membezakan penggunaan kedua-dua kata tersebut mengikut terjemahan istilah yang berkaitan dan konteks penggunaannya, "surfing" ialah luncur air (laut), manakala "skating" ialah luncur ais. | Istilah | 24.02.2023 |
soalan saya ialah apa itu batu luncur?? (dalam (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak) saya sudah buat carian tapi pekataan itu tidak ada. Mohon pertolongan. terima kasih | Istilah batu luncur tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep contoh penggunaan istilah tersebut. | Makna | 09.08.2010 |
Adakah terjemahan ini betul? "bodyboard" (sport equiptment) - papan luncur badan | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bodyboard" dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, puan boleh menggunakan istilah papan luncur badan yang dicadangkan. | Istilah | 15.03.2016 |
salam. Apakah makna dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Paragliding" dan "Hang gliding" terima kasih. | Kami pernah mencadangkan paragliding diterjemahkan kepada luncur layar dan hang gliding diterjemahkan kepada luncur angin. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2015 |
roller skate | luncur ais | Istilah | 15.11.2008 |
speed skating | luncur laju | Lain-lain | 30.04.2007 |
Apakah padanan yang sesuai untuk 1.speed skating 2.short track speed skating? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Padanan bahasa Melayu bagi speed skating ialah luncur laju. Pihak kami belum ada terjemahan istilah bagi short track speed skating. Padanan bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah luncur laju laluan pendek atau luncur laju landasan pendek. Sekian, terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
Apa terjemahan figure-skating? | Padanan yang tepat bagi istilah "figure skating" ialah "luncur ais berbunga". (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Istilah | 29.09.2022 |