Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : ; ~ dahan sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan, mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum ovalifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
air-bladdern pundi udara; (of fish) lupa-lupa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forgetvt 1. fail to remember, lupa; (usu momentarily or suddenly, rarely used with negatives) terlupa, lupa; (wilfully) melupakan: he never ~s the names of his students, dia tdk pernah lupa nama penuntut-penuntutnya; I’ve forgotten how to speak Mandarin, saya sudah lupa bagaimana bertutur dlm bahasa Mandarin; have you forgotten that you have already posted it?, sudahkah kamu lupa bahawa kamu sudah mengirimkannya?; she forgot to return the book, dia terlupa memulangkan buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mislayvt lupa /tempat, di mana/ /sst diletakkan, sso letakkan sst/: she is always ~ing her spectacles, dia selalu lupa akan tempat cermin matanya diletakkan; I’ve mislaid my passport, saya lupa di mana saya letakkan pasport saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forget~ os, lose o’s self-control, lupa diri: he forgot himself and swore loudly, dia menjadi lupa diri lalu menyumpah-nyumpah dgn suara yg kuat; ~ it, [various translations]: “Shall we put the other meaning in too?” “F~ it!”, “Kita masukkan makna yg lagi satu juga?” “Tak payahlah”; “How much should I give you for the books?” “F~ it!”, “Berapa harus saya berikan pd kamu utk buku-buku itu?” “Lupakanlah!”; “I’m sorry, who’s coming tomorrow?” “F~ it!”, “Maaf, siapa yg hendak datang esok?” “Tak apa-apa!”; don’t you ~ it, jangan lupa itu: in this office, everyone is expected to work hard, and don’t you ~ it, di pejabat ini setiap orang dikehendaki bekerja keras, dan jangan lupa itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
besidebe ~ os, lupa diri: she was ~ herself with joy, dia lupa diri krn terlalu gembira; ~ the /point, question, mark/, tdk /menjadi soal, ada kaitannya, kena-mengena/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sure be ~ to, jangan lupa: be ~ to turn off the taps before you leave, jangan lupa tutup paip sebelum kamu pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forgetvi (ter)lupa: you have a dental appointment at three – don’t ~!, kamu ada janji temu dgn doktor gigi pd pukul tiga – jangan lupa!; I was supposed to pick the children up, but I ~, saya sepatutnya menjemput budak-budak, tetapi saya terlupa; he forgot about the visit, dia terlupa ttg lawatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absent-mindedadj 1. abstracted, selalu lupa, pelupa: an ~ professor, seorang profesor yg selalu lupa; 2. reflecting abstractedness, yg diucapkan secara tdk sedar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sight lose ~ of, a. forget, lupa akan: never lose ~ of the fact that your task is to serve the public, jangan lupa akan hakikat bahawa tugas anda adalah utk berkhidmat kpd orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absent-mindedness n sifat /selalu lupa, pelupa/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas