Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maaf
Bersinonim dengan ampun, magfirat, belas kasihan;,
Kata Terbitan : bermaaf-maafan, memaafkan, kemaafan, permaafan, pemaaf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya agak keliru dengan jawapan yang diberikan. Mengikut jawapan tuan, perkataan dibekalkan tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Rujukan saya pada Kamus Dewan Edisi Keempat (terbitan 2010) muka surat 148, perkataan membekalkan (ditulis sebagai kata kerja aktif) manakala ayat contoh yang diberikan ialah ayat pasif iaitu: Sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan. Harap penjelasan lanjut daripada pihak tuan, terima kasih.Pendapat tuan betul, Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan daripada kata kerja aktif dalam entri setiap kata. Namun dalam ayat contoh yang diberikan kadangkala memasukkan juga kata kerja pasif seperti contoh yang tuan berikan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa20.09.2012
Salam, boleh saudara@saudari jelaskan, mengapa terdapat dua versi untuk ejaan satu per empat? Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hardcopy), ejaan yang betul dalam contoh ialah satu per tiga (dalam kes saya ialah satu per empat) tetapi apabila saya menyemak ejaan dalam PRPM, ejaan satu perempat pula dikatakan betul dan menulis sumbernya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Jadi, yang manakah betul? Dan mengapakah adanya versi ejaan yang berlainan itu?Sekian, teriama kasih.
Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.

Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Ejaan25.04.2013
Kamus Dewan Edisi Keempat mengeja terjemahan perkataan "mechanism" sebagai "mekanisme". Walau bagaimanapun, saya diberitahu oleh seorang pegawai DBP bahawa ejaan tersebut adalah salah. Ejaan yang betul ialah "mekanisma". Saya mohon pengesahan tentang perkara ini. Jika dibandingkan dengan terjemahan perkataan "organism" sebagai "organisma", "mekanisma" adalah betul.Isme ialah akhiran asing yang membawa maksud kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan seperti nasionalisme. Berdasarkan maksud yang tersebut ejaan yang betul ialah mekanisma. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Lain-lain18.10.2010
apakah maksud enyah?Minta maaf, perkataan enyah tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.01.2013
Tuan, saya ingin bertanya: Manakah yang betul: tiga per lima . (muncul dalam Kamus Dewan Edisi Keempat m.s 56) ATAU tiga perlima .Ejaan yang betul ialah tiga perlima, dan tidak sama seperti ejaan satu per satu (yang bermaksud satu demi satu). Kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku.Tatabahasa06.08.2010
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
Mana satu yang lebih betul hari Ibu (dari Kamus Pelajar Edisi Kedua) atau hari ibu (dari Kamus Dewan Edisi Keempat)?Hari Ibu dieja dengan huruf besar bagi menandakan hari khusus apabila dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan11.05.2014
Saya agak keliru untuk ejaan Melayu bagi perkataan 'tart'. Dalam kamus dewan edisi keempat dan juga kamus pelajar, tart dirakamkan sebagai baku. Tetapi dalam istilah Malaysia ditulis tat sebagai padanan tart. Manakah yang patut digunakan dalam penulisan? Berdasarkan korpus DBP, manakah ejaan yang lebih luas diguna pakai dalam penulisan?Ejaan yang betul ialah tart. Sedikit panduan yang boleh digunakan jika berlaku perbezaan maklumat, sila rujuk data Kamus Pelajar. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa28.10.2018
Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.01.2012
selenggaraPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. Istilah07.02.2010
123

Kembali ke atas