Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mad.ra.sah] | مدرسة

Definisi : Ar 1. tempat belajar (terutama bkn agama Islam), sekolah, perguruan; ~ jamiah sekolah (perguruan) tinggi, universiti; 2. surau, langgar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mad.ra.sah] | مدرسة

Definisi : tempat belajar terutamanya ttg hal-hal agama Islam; sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata madrasah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charitable waqfwakaf khairiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.
waqf wardingsighah wakafEkonomiEkonomi IslamPernyataan atau lafaz tawaran yang dinyatakan oleh wakif dan lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih dalam akad wakaf. Walau bagaimanapun, akad wakaf sah tanpa lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih. Kandungan sighah akan menentukan jenis wakaf dari segi tempoh, penggunaan dan penerima. Sighah ini boleh disampaikan dengan beberapa cara sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat. Contoh lafaz tawaran "Saya wakafkan tanah ini selama-lamanya bagi mendirikan madrasah". Sinonim pernyataan wakaf.
foot waqfwakaf kakiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai berdasarkan keluasan kawasan harta wakaf. Wakif akan membayar harga harta wakaf mengikut keluasan yang dinyatakan. Ukuran keluasan yang digunakan adalah dalam ukuran kaki persegi dan harga harta untuk setiap kaki persegi tersebut ditentukan oleh nazir. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menggunakannya bagi membeli harta wakaf berkenaan. Wakaf kaki juga dikenali sebagai wakaf hasta atau wakaf lantai. Wakaf ini biasanya digunakan untuk mendapatkan data bagi pembinaan masjid dan madrasah.

Kembali ke atas