Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ging] | ماݢيڠ

Definisi : ; binatang ~ binatang (spt harimau, anjing, beruang, dsb) yg memakan daging, karnivor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ging] | ماݢيڠ

Definisi : bersifat memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama: haiwan ~ haiwan yg memakan daging (spt harimau). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maging


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah istilah maun, maging, dan maserba masih relevan digunakan kini?Perkataan maun, maging dan maserba ialah istilah lama, istilah ini tidak digunakan lagi.Istilah03.02.2013
adakah saya boleh menggunakan perkataan maging pada karangan masa kini? atau adakah ianya sudah tidak boleh digunakan lagi? jika ia tidak boleh digunakan lagi, saya memohon jasa baik pihak DBP untuk meletakkan kurungan (sudah tidak digunakan lagi) untuk mengelakkan kesalah fahaman pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, makna “maging” ialah bersifat memakan daging, iaitu daging yang merupakan makanan utama kepada haiwan yang memakan daging seperti harimau dan ia boleh digunakan dalam penulisan.Tatabahasa18.02.2022
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur.Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Istilah13.03.2018

Kembali ke atas