Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hal] | ماهل

Definisi : tinggi harganya; tidak murah: sungguhpun ~, dibeli juga. memahalkan meninggikan harganya; menaikkan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semahal-mahal gading,
     kalau patah tiada berharga.

Bermaksud :

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Taj MahalMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 June 1975
Taj Mahal lambang bahasa cintaRaja Masittah Raja AriffinPelita Bahasa1 November 2007
Ringan, mahal, tahanTiadaDewan Siswa1 October 1993
Taj Mahal: tugu cinta seorang RajaMarzianah MahmudDewan Kosmik1 September 1994
Taj MahalTiadaDewan Siswa1 November 1990
Taj MahalMuhammad Haji SallehDewan Sastra15 December 1974
Taj MahalNazri HusnaWanita1 July 1996
Taj MahalHaron A. HSeri Dewi dan Keluarga1 March 2001
Peti Televisyen Mahal Dan TerhadSuasaDewan Budaya1 February 2002
Betulkah Lebih Mahal dari SemalamMohd Hashim OsmanPelita Bahasa1 January 2003
123

Kembali ke atas