makanan di sini mahal belaka. tuan, adakah mahal-mahal belaka atau mahal belaka betul? tq | Ayat yang betul ialah: Makanan di sini mahal-mahal belaka. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belaka | Jawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka). | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Dalam ayat ini, "Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka." sudah salah. Ayat yang manakah betul? 1. Baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka. 2. Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal belaka. | Ayat 1 dan 2 betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239. | Tatabahasa | 27.06.2010 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan di bawah: 1. Pakaian-pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal. (Bolehkah saya menggandakan KN dan KA dalam ayat ini?) 2. Dua ekor burung berterbangan di angkasa. ( Saya tahu berterbangan sudah membawa makna seperti subjek sudah dijamak, tetapi bolehkah saya meletakkan kata bilangan tentu pada subjek untuk menentukan bilangan jamak tersebut?). Harap pihak dbp boleh memberikan penjelasan yang jelas terhadap dua soalan tersebut, terima kasih. | 1. Penggandaan kata adjektif dan kata nama boleh digandakan dalam ayat yang digunakan namun ayat yang lebih betul ialah "Pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal." 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud berterbangan ialah terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak atau berhamburan (bertaburan) di udara. Maka ayat "Dua ekor burung berterbangan di angkasa" adalah betul | Tatabahasa | 24.05.2023 |
Selamat sejahtera. Soalan : 1. Baju itu mahal-mahal belaka. 2. Cikgu Aini mengajarkan Bahasa Melayu kepada mirid-murid tahun 6. Betul atau salah | Salam sejahtera, 1. Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "Baju itu mahal belaka". 2. Ayat "Cikgu Aini mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6", sudah tepat penggunaannya. | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih. | 1. Rakyat Malaysia... 2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. 3. Jawapan yang tepat ialah terjunam. | Tatabahasa | 21.07.2021 |
adakah ayat di bawah betu? barang yang dijual di kedai itu sungguh cantik tetapi harganya mahal-mahal belaka | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Harganya tidak seberapa mahal. Harganya tidak berapa mahal. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Harganya tidak seberapa mahal." | Tatabahasa | 07.02.2024 |
Minta maaf, ada satu pertanyaan di sini.......ayat tunggal tukar menjadi ayat majmuk ...a. ahmad membeli baju itu. B. Baju itu mahal. Jawapan manakah paling tepat ? 1. ahmad membeli baju yang mahal itu. 2. Ahmad membeli baju itu walaupun baju itu mahal.. 3. Ahmad membeli baju itu walaupun mahal ...terima kasih atas tindak balas pihak tuan .. | Menurut data kami, jawapan yang betul ialah 1. Ahmad membeli baju yang mahal itu. | Lain-lain | 17.05.2016 |
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu. | Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu". | Tatabahasa | 28.09.2014 |