Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hal] | ماهل

Definisi : tinggi harganya; tidak murah: sungguhpun ~, dibeli juga. memahalkan meninggikan harganya; menaikkan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semahal-mahal gading,
     kalau patah tiada berharga.

Bermaksud :

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dearmahalEkonomiTiadaTiada
dear moneywang mahalEkonomiTiadaTiada
expensive priceharga mahalEkonomiTiadaTiada
expensive searchcarian mahalKejuruteraanTiadaTiada
bootleg wageupah mahal paksaPentadbiranTiadaBayaran upah yang lebih tinggi daripada kadar pasaran kepada pekerja semasa pasaran burh genting semata-mata untuk menarik dan mengekalkan pekeja mahir.
allegoryalegoriKesenianSeni BinaLuahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen.
semiprecious metallogam seminilaiPerubatanTiadaLogam yang tidak berapa mahal harganya, biasa digunakan sebagai campuran dalam aloi untuk tuangan pergigian seperti aloi vitallium.
thin clientpelanggan kecilTeknologi MaklumatTiadaStesen kerja yang tidak mahal dan menyerupai terminal dungu.
slow fashionfesyen malarKesenianTiadaFesyen pakaian yang berkualiti tinggi dan mahal tetapi gayanya tidak mengikut trend semasa. Fesyen ini juga dikenali sebagai fesyen sepanjang zaman dan tiada koleksi baharu yang diperkenalkan secara berterusan.
vacuum metallizingpelogaman vakumKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penyaduran wap (bahan pengalir yang mahal sahaja, seperti emas dan perak) untuk tujuan penyambungan pada papan litar elektronik dalam keadaan vakum.
123456

Kembali ke atas