Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.sis.wa] | مهاسيسوا

Definisi : pelajar (penuntut) di universiti; kemahasiswaan hal yg berkaitan dgn maha­siswa: apakah yg menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.sis.wa] | مهاسيسوا

Definisi : penuntut (pelajar) di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahasiswa (kata nama)
Bersinonim dengan siswa, penuntut, pelajar lelaki.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu penggunaan perkataan yang tepat, pelajar/mahasiswa baru atau pelajar/mahasiswa baharu? Terima kasih.Untuk makluman sdr, kedua-dua ayat sdr, iaitu "mahasiswa baru atau mahasiswa baharu" tidak salah dari segi tatabahasa. Hal ini demikian, kerana perkataan baru atau baharu  berfungsi sebagai kata sifat  yang digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu dan pelajar baru/baharu.  Tatabahasa25.06.2009
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis?Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita.Tatabahasa06.05.2011
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa.Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks.  Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks.Istilah23.09.2014
Yang manakah ejaan dan istilah yang tepat, "Saya merupakan mahasiswa Tahun Dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa Tahun Kedua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, fakulti Syariah Islamiah". Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah Islamiah."Tatabahasa03.02.2023
mahasiswaTiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Lain-lain01.12.2013
1. Adakah penggunaan kata "Saudara/i" atau "Mahasiswa/i" atau "Mahasiswa/wi" boleh digunakan untuk menunjukkan kepada kedua-dua jantina? 2. Adakah penggunaan kata "tuan" dalam surat dapat ditujukan kepada perempuan? sebagai contoh: "... sehubungan itu, pihak tuan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam..."

1.    Perkataan “mahasiswa” boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan dan lelaki kerana bermaksud pelajar di universiti. Perkataan “mahasiswi” pula hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan. Manakala perkataan “saudara” merupakan kata ganti diri kedua yang digunakan kepada orang lelaki dan “saudari” merujuk kepada orang perempuan.

2.    Dalam penulisan surat rasmi, “tuan” merujuk kepada penerima lelaki dan “puan” merujuk kepada penerima perempuan. Walau bagaimanapun, kata ganti nama "tuan" boleh digunakan sekiranya penulis surat tidak mengetahui jantina penerima surat tersebut.

Tatabahasa29.10.2019
Assalamualaikum.. 1. Apakah maksud perkataan Alumni? 2. Bolehkah perkataan Mahasiswa diletakkan selepas perkataan Alumni.. e.q PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA Sabah UKM. 3. Mana yang sesuai : i) Persatuan Alumni Mahasiswa Sabah UKM atau ii)Persatuan Alumni Sabah UKM T.KasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "alumni" ialah siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti. Perkataan "mahasiswa" tidak sesuai diletakkan selepas perkataan "alumni". Ayat yang betul ialah Persatuan Alumni Sabah UKM.Lain-lain26.10.2015
Maksud mahasiswa holistik, peneraju transfomasi paradigma

Semakan kami, moto “Mahasiswa Holistik, Peneraju Transformasi Paradigma” merupakan moto yang digunakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Perak.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1379, 782, 2336, 2402 dan 1617, definisi setiap perkataan adalah seperti yang berikut:

Mahasiswa – pelajar atau penuntut di universiti.

Holistik – bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.

Peneraju – orang atau pihak yang menerajui.

Transformasi – perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya.

Paradigma – lingkungan atau batasan pemikiran seseorang atau sesuatu pihak pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Sehubungan dengan itu, moto tersebut bermaksud menggalakkan mahasiswa berfikir di luar kotak serta menyeluruh dari semua aspek. Pemikiran sebegitu mampu menghasilkan mahasiswa yang kreatif dan kritis serta mampu mencipta idea baharu dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang lama. Namun, maksud ini bergantung kepada kesesuaian penerapan moto ini di sesebuah institusi.

Makna25.01.2024
Saya mahasiswa YIU,ingin bertanya berkaitan dengan apakah kata nama serta contoh

Saudara,

Kata nama ialah kata yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat benda atau konsep. Kata nama boleh dipecahkan kepada kata nama khas( Ahmad, Kuala Lumpur, Gunung Kinabalu), kata nama am(rumah, mimpi, kehendak, sungai), kata ganti nama(saya, kamu, mereka).

Tatabahasa16.09.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,apa nama panggilan? serta contoh.

Masitoh,

Apa khabar? saya Mohd. Noor yang ada memberi ceramah pada Masitoh semasa berada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Cuba jelaskan  Masitoh mahu bertanyakan kata sapaan atau kata panggilan? Sila hubungi saya mengikut alamat E-mel saya ini.

Makna30.07.2010
123456789

Kembali ke atas