Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.sis.wi] | مهاسيسوي

Definisi : mahasiswa perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.sis.wi] | مهاسيسوي

Definisi : penuntut perempuan di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahasiswi (kata nama)
Bersinonim dengan siswi, pelajar wanita.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis?Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita.Tatabahasa06.05.2011
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa?Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi.Tatabahasa12.10.2015
Syifa Hisa Aug 22nd, 2:08pm assalamualaikum, saya dari mahasiswi universiti brunei darussalam, saya telah memohon internship di dewan bahasa KL semester ini, adakah pihak tuan sudah menerima pemohonan tersebut?Permohonan tuan boleh dikemukakan melalui Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Jonid melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain22.08.2015
Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat?Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat.Istilah27.02.2012
Syeryfah Farid Oct 24th, 9:56am ssalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera tuan/puan, Saya bernama Syarifah Jariah Farid, 22, merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia. Saya sebenarnya diberikan tugasan oleh pensyarah untuk mencari majalah yang sesuai bagi menerbitkan rencana/artikel yang saya tulis. Oleh itu, sudilah kiranya pihak DBP membaca dan menilai artikel saya ini. Saya berasa artikel ini sesuai dimuatkan dalam majalah DBP. Namun demikian,saya berharap Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan sebarang cadangan untuk membolehkan saya terbitkan artikel ini di majalah. Sekian, terima kasih. Wassalam. p/s: Boleh saya dapatkan alamat emel untuk hantar artikel.Asalammualaikum Puan, Puan boleh menghantar artikel terus kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, azmi@dbp.gov.my atau terus kepada editor majalah yang telah dikenal pasti. Sebelum menghantar artikel kepada DBP, puan haruslah berkenalan terlebih dahulu dengan majalah DBP. Kena lpasti majalah dan sasaran pembaca serta isu yang hendak dikupas supaya memudahkan puan menulis artikel kerana DBP menerbitkan 11 majalah untuk keperluan pelanggan. Artikel yang ditulis mestilah ditulis dalam bahasa melayu yang baik, berkualiti dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbitan majalah DBP. Tidak salah untuk puan mencuba, malah kami amat mengalu-alukan artikel daripada penulis. Terima kasih.Lain-lain24.10.2014
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya mempunyai beberapa persoalan yang saya harap boleh dijawab oleh pihak DBP: 1) Apakah perbezaan antara siswa/siswi dan mahasiswa dan mahasiswi? Jikalau kedua - duanya mempunyai makna yang sama, bolehkah saya guna istilah - istilah tersebut secara bertukar ganti? 2) Mengapakah "South China Sea" diterjemahkan sebagai "Laut *China* Selatan" dan bukannya "Laut *Cina* Selatan"? Sama juga dengan istilah - istilah lain seperti Tembok Besar China dan Tanah Besar China. Memandangkan kita mengguna cara ejaan China, apakah cara sebutannya? "Cai-na" seperti yang disebut penutur bahasa Inggeris atau "Ci-na" seperti yang disebut orang tempatan? Terima kasih didahulukan.1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, siswa bermaksud  penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Siswi pula bermaksud siswa perempuan.
2. Ejaan yang betul ialah Laut China Selatan, Tembok Besar Cina dan Tanah Besar China. Ejaan "China" dikekalkan kerana "China"  ialah nama khas negara. Sebutan yang betul ialah "Ci-na".
Makna14.07.2016
Bagaimana nak terjemahkan perkataan "undergraduate"?Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan undergraduate dalam bahasa Melayu ialah mahasiswa (lelaki) atau mahasiswi (perempuan).Istilah02.10.2009
Saya sedia maklum bahawa perkataan Graduat dan Graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun begitu, saya ingin mengetahui apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian?Perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian ialah “Majlis Penyampaian Ijazah” atau “Majlis Penganugerahan Ijazah”.Tatabahasa21.09.2022
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "murid" dan "pelajar" ? Bilakah perkataan tersebut boleh digunakan khususnya semasa di sekolah ?Dalam konteks negara kita, 'murid' digunakan di peringkat sekolah rendah, manakala 'pelajar' digunakan untuk sekolah menengah. Di universiti juga, selain  disebut mahasiswa dan mahasiswi, 'pelajar' juga boleh digunakan.Lain-lain21.11.2010
Tuan, MOHON KHIDMAT NASIHAT Sekiranya saya menggunakan "/" dalam sesuatu ayat, adakah perlu dijarakkan dengan perkataan sebelum dan selepas penggunaan "/"? Contoh: pemeriksaan keluar/masuk Terima kasih.

Tanda miring (/) digunakan sebagai penganti kata dan, atau, per, atau pada nombor alamat. Contohnya: (i) Harganya RM2.50/meter. (ii) mahasiswa/mahasiswi (iii) Sewanya RM130.00/bulan. (iv) mengkaji fonologi dan/atau morfologi.

Penggunaan dalam penyataan puan adalah seperti yang berikut: Pemeriksaan Keluar/Masuk
Tatabahasa25.03.2014
12

Kembali ke atas