Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id pengadilan yg tertinggi; ~ tinggi mahkamah yg mengadili perkara yg besar­besar spt pembunuhan dll (diadili oleh Hakim Besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahkamah agung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUCRE

Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia.

Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali

pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang

menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan

tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran

Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728

meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta).

UMUM 
WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH

WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH, TAN SRI (1923-    ), Hakim Mahkamah Agung.  Dia lahir pada 15 Disember 1923, di Kota Bharu, Kelantan.  Wan Hamzah menerima pendidikan awalnya di Majlis Agama Islam Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1936, sebelum melanjutkan pelajarannya di Singapura English School pada tahun 1940, sehingga lulus School Certificate. Dia kemudian mengulang pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London Barister-at-Law pada tahun 1959.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAFT, WILLIAM HOWARD

Taft, William Howard (1857–1930) ialah

presiden Amerika Syarikat dari tahun 1909 hingga

tahun 1913. Dia adalah satu-satunya presiden yang

berkhidmat sebagai presiden dan kemudiannya

sebagai Hakim Besar dalam sejarah Amerika

Syarikat. Taft sebenarnya tidak berminat menjadi

presiden. Dia hanya ingin menjadi seorang hakim

dan tidak begitu berminat dalam bidang politik.

Yang penting baginya ialah menjadi hakim

Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

UMUM 
MOHAMED AZMI DATO' HAJI KAMARUDDIN, TAN SRI

MOHAMED AZMI DATO’ HAJI KAMARUDDIN, Tan Sri (1933-      ), Hakim Mahkamah Agung (sejak 1982).  Dia lahir pada 3 Jun 1933 di Rembau, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas