Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahkota (kata nama)
Bersinonim dengan tiara, taj, tajuk, patam, jamang, jejamang, puspa;,
Kata Terbitan : memahkotakan, pemahkotaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKOTA

Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di

atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol

kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah

simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi

biasanya dipakai pada upacara negara sahaja.

Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas,

diukir dan dihiasi batu permata yang mahal.

UMUM 
ACUMAN MAHKOTAACUMAN MAHKOTA, novel pertama karya Abdul Kadir AdabiSASTERAKonsep
ETER MAHKOTA

Eter mahkota, polieter siklik yang ditemui oleh Charles Pedersen pada tahun 1967.

KIMIAProses/Tindak Balas
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM

ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1591-1636), Sultan Aceh. Dia lahir pada bulan Januari 1591. Semasa kecil dia bernama Darma Wangsa atau nama timang-timangannya, Tun Pangkat. Dia ialah anak sulung Mansur Syah dan Puteri Diraja Ratna Wangsa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ACT OF SETTLEMENTAct of Settlement yang diluluskan di England

pada tahun 1701, memberikan hak warisan

mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia,

pemerintah Hanover dan warisnya yang

berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada

James I.

UMUM 
PERHIASAN KEBESARAN DIRAJA

Perhiasan kebesaran diraja atau Crown jewel

merupakan perhiasan berharga yang dimiliki oleh

raja dan ratu England. Sebahagian besar perhiasan

ini terdiri daripada mahkota, cogan alam, dan objek

lain yang digunakan semasa upacara Pertabalan

(lihat Permahkotaan).

UMUM 
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM 
ULEEBALANGULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia.  Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.  Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah).  Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut.  Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang.  Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat.  Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh.  Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar ‘Keudjuruan’.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
12

Kembali ke atas