Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mai.nan] | ماءينن

Definisi : 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mai.nan] | ماءينن

Definisi : main-mainan benda yg digunakan utk bermain; apa-apa yg dimainkan atau yg dipermainkan: Adli leka bermain dgn ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengesahkan terjemahan bagi "Rattle (a baby's toy)". Adakah ia boleh diterjemahkan sebagai"Mainan yang berdetar (mainan bayi)"? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rattle" yang merujuk kepada mainan bayi. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mainan berdetar atau mainan detar.Istilah31.01.2017
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak?

Mengikut data kami, frasa  1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya  mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul.
Lain-lain09.02.2017
alat mainan atau alat permainanMerujuk Kamus Dewan mainan dan permainan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain. Berdasarkan huraian tersebut kata mainan dan permainan telah membawa maksud alat tersebut, maka tidak perlu lagi kata alat hadir sebelum permainan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa alat permainan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Lain-lain04.05.2016
"alat mainan elektrik" dan "permainan elektrik" Adakah kedua-dua penyataan di atas boleh digunakan?alat mainan elektrikMakna26.03.2011
Yang manakah paling tepat: a) Bawa kereta mainan b) Bawa kereta permainanBawa kereta mainan paling tepat.Tatabahasa22.03.2013
Selamat petang. Boleh saya tahu nama sebenar alat mainan ini? Gambarnya ada dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Lima (SJKC). Terima kasih.Alat mainan tersebut ialah Yo-yo Cina.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
apakah kosa kata Bahasa Melayu untuk playdough sejenis doh untuk mainan kanak-kanak prasekolah?Padanan bahasa Melayu bagi istilah playdoh ialah mainan doh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah20.03.2023
Salam, sy nak tanya..perkataan 'mainan' dan 'permainan' sudah tidak perlu ditambah dengan perkataan 'alat' atau 'barang' di depannya ya?jika dilihat dlm kamus dewan, tidak perlu. Tetapi, jika dicari dalam PRPM, istilah 'alat permainan' terdapat di bahagian takrif bagi perkataan 'gasing'.Jadi, yang manakah adalah betul dan boleh diguna pakai? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan mainan dan permainan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain. Berdasarkan huraian tersebut kata mainan dan permainan telah membawa maksud alat tersebut, maka tidak perlu lagi kata alat hadir sebelum permainan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa alat permainan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa21.01.2013
Soalan saya ialah penjodoh bilangan yang sesuai bagi a. seluar (sehelai atau sepasang) b. kereta mainan (sebuah atau sebiji)Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sehelai seluar dan sebuah kereta mainan.Tatabahasa09.09.2011
DBP telah memadankan 'fidget spinner' dengan 'gasing tangan'. Agak sukar untuk kembangkan pola ini untuk menterjemahkan 'fidget toy'. Apakah padanan sesuai untuk 'fidget toy'? 'mainan buang gelisah'?Kami mencadangkan "fidget toy" diterjemahkan sebagai "mainan nyahresah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
1234

Kembali ke atas