Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mai.nan] | ماءينن

Definisi : 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mai.nan] | ماءينن

Definisi : main-mainan benda yg digunakan utk bermain; apa-apa yg dimainkan atau yg dipermainkan: Adli leka bermain dgn ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
neang Mlsejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli.Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kamah Ib, MSrkotor.Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas