Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mai.nan] | ماءينن

Definisi : 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mai.nan] | ماءينن

Definisi : main-mainan benda yg digunakan utk bermain; apa-apa yg dimainkan atau yg dipermainkan: Adli leka bermain dgn ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
block playmainan bongkah (PEM.MAN), mainan blokPendidikanTiadaTiada
zero-sum gamemainan campur-tolak/ mainan zero-sumSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
educational toymainan pendidikanPendidikanTiadaBarang mainan yang digunakan untuk mengajar sesuatu konsep atau fakta.
zero-sum gamemainan zerosumSains PolitikPolitik PerbandinganLihat mainan campur tolak.
zero sum gamemainan campur-tolakSains PolitikHubungan AntarabangsaKeadaan apabila kekalahan sesuatu pihak merupakan kemenangan bagi pihak yang lain. Dalam politik antarabangsa, mainan ini tidak mempunyai ruang untuk memupuk kerjasama dalam kalangan aktor antarabangsa dalam jangka masa panjang. Contoh keadaan yang dapat disifatkan sebagai permainan ini ialah perlumbaan senjata antara negara.
adventure playgroundarena main kembaraLandskapTiadaTaman mainan kanak-kanak yang hanya dilengkapi bahan buangan seperti kotak, stirofom, tong dan sebagainya. Taman ini dibina untuk menggalakkan kanak-kanak membentuk alat mainan mereka sendiri daripada bahan buangan tersebut.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
toymainanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
board gamemainan berpapanPendidikanTiadaTiada
loyalty gamemainan setiaPentadbiranTiadaTiada
12345

Kembali ke atas